Masalah Kesuburan Wanita dan Lelaki

11:36 PM Unknown 0 Comments




Seseorang itu mengalami masalah kesuburan jika mengalami masalah untuk mendapatkan anak selepas mencuba lebih daripada setahun. Selalunya pasangan akan mendapat cahaya mata selepas mencuba pada tahun kedua tanpa sebarang pertolongan. Manakala sebaliknya ada yang masih belum berjaya dan memerlukan rawatan lanjut.



Umur adalah faktor yang penting dalam faktor kesuburan seseorang wanita. Wanita sangat subur pada lewat 20an dan pada umur 35 tahun ke atas kesuburan wanita akan berkurangan dengan cepat dan mungkin mudah untuk mengalami keguguran.


Di dalam kes kesuburan ini :
·         50 % punca adalah disebabkan oleh sistem peranakan wanita. Masalah mungkin berpunca daripada organ peranakan wanita seperti ovari,tiub fallopio atau uterus. Masalah juga mungkin berlaku disebabkan wanita tersebut mempunyai masalah untuk menghasilkan telur yang sihat.
·         35 % adalah disebabkan oleh sistem pembiakan lelaki. Masalah paling biasa dialami oleh lelaki ialah kurang bilangan sperma dan sperma yang tidak cukup aktif.
·         10 % dari masalah kesuburan tidak dapat dikenalpasti.
·         5 % adalah faktor lain-lain.

Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan untuk wanita dan lelaki :
·         Faktor persekitaran/pekerjaan.
·         Bahan toksik seperti merokok dan dadah.
·         'Exercise' yang melampau.
·         Diet yang tidak seimbang yang menyebabkan obesiti atau anorexia.
·         Umur yang lanjut.


Punca ketidaksuburan pada lelaki:

Perbezaan sperma yang normal dan tidak normal.
 
Sperma yang normal(kanan) dan pelbagai struktur sperma yang tidak normal lain.
1.      Sperma yang tidak sihat: berpunca daripada pelbagai faktor seperti genetik, penyakit seperti kencing manis, jangkitan kuman dan pembedahan di sekitar 'inguinal' yang menyebabkan perubahan pada pada struktur darah ke testis. Salur darah yang mengembang dapat mempengaruhi suhu dan seterusnya mempengaruhi jumlah dan struktur sperma.
2.      Masalah dalam proses perjalanan sperma : Ini termasuklah masalah ejakulasi pramatang(premature ejaculation), retrograde ejaculation di mana sperma tidak dapat dikeluarkan akan tetapi kembali ke pundi kencing, masalah genetik seperti 'cystic fibrosis' dan masalah struktur seperti saluran yang tersumbat.
3.      Pendedahan terhadap toksin dan bahan kimia seperti yang terdapat di dalam rokok, alkohol dan steroids.
4.      Kerosakan disebabkan oleh kanser dan rawatan kanser. Radioterapi dan kemoterapi sangat mempengaruhi kesihatan sperma.

Punca ketidaksuburan pada wanita :



Sistem peranakan wanita.

1.      Masalah ovulasi : yang menyebabkan proses pengeluaran ovum terhenti. Ini termasuklah masalah hormon seperti 'polycystic ovary syndrom'. Ini menyebabkan hormon lelaki 'testosteron' lebih banyak berbanding hormon wanita 'estrogen'.
2.      Masalah pada uterus atau cervix. Ini selalunya disebabkan oleh masalah pada pembukaan cervix dan kewujudan fibroids pada dinding uterus. Fibroids ini dapat mengganggu struktur uterus dan seterusnya menyukarkan ovum yang telah disenyawakan untuk menampal di dinding uterus.
Fibroids mengubah struktur uterus yang normal.
3.      Masalah pada tiub fallopio : Ini selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman pada tiub fallopio. Penyakit seperti endometriosis dapat mengganggu struktur tiub fallopio tersebut.
Tiub fallopio menghubungkan Ovari dan Uterus.
4.      Endometriosis : berlaku apabila sel-sel endometrium yang sepatutnya berada pada struktur uterus berada di struktur lain seperti ovari dan tiub fallopio.

Endometriosis.    

5.      Ketidakupayaan ovari atau menopaus awal : Ini berlaku apabila ovari berhenti menghasilkan ovum dan haid berhenti pada umur sebelum 40 tahun. Ini disebabkan oleh penyakit imun, rawatan radiasi dan kemoterapi disebabkan kanser dan juga faktor merokok.
6.      Pelvic adhesions : Ini disebabkan tisu-tisu pada organ yang melekat antara satu sama lain selepas melakukan pembedahan seperti appendicitis dan pembedahan lain di sekitar abdomen dan pelvik.



 KESUBURAN DAN SUPPLEMENTS




Antara makanan yang diperlukan untuk meningkatkan kesuburan lelaki adalah makanan yang mengandungi Zink, Silenium dan CoQ10. 
 
Antara sumber makanan yang mengandungi zink adalah hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. 

Manakala sumber makanan bagi Silenium adalah hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda.

Untuk CoQ10 kebanyakannya ditemui dalam makanan laut dan organ lembu.

Shaklee menyediakan vitamin yang berasaskan CoQ10 di dalam CoqHealth Plus Shaklee. CoQ10 adalah nutrient ini terdapat dalam setiap sel hidup dan ia adalah keperluan untuk membekalkan tenaga bagi memastikan tubuh berfungsi dengan baik.


Zink Shaklee
Zink dirumuskan daripad glukonat semulajadi bergabung dengan nutrient semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menjadikan zink mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Bagaimana Zink membantu Kesuburan Lelaki

  1. Zink meningkatkan dan memperbaiki kesuburan lelaki iaitu dengan meningkatkan 
      kualiti dan bilangan sperma 
  2. Pengambilan zink yang secukupnya meningkatkan keupayaan seks dan lebih bertenaga. 
  3. Membaiki masalah prostat dan penyembuhan benign prostatomegaly. 
      Menurut kajian dilakukan, pengambilan zink berterusan mampu mengurangkan 
      pembengkakan prostat hingga dalam kadar 70%. 
  4. Membantu mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran seperti luka
      pembedahan.   

Kekurangan Zink kepada Lelaki menyebabkan:
  1. Kematangan organ seks yang lambat 
  2. Impoten 
  3. Perkembangan yang kecil untuk testikel 
  4. Bilangan sperma yang rendah dan kurang berkualiti 
  5. Fungsi untuk seksual merosot



Set kesuburan untuk wanita.

GLA
GLA adalah Gamma Linolenic Acid yang mengandungi asid lemak Omega-6 tak tepu. GLA Shaklee digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.
Bagaimana GLA membantu Kesuburan Wanita.
GLA bertindak untuk membantu wanita menghasilkan lendir servik yang berkualiti untuk subur yang berwarna keputihan seperti putih telur . Kadang-kadang ia seperti datang keputihan.

Setiap sebulan dalam satu kitar period cecair lendir ini akan terhasil untuk melambangkan kesuburan namun tidak semua orang akan menghasilkan lendir “subur” itu.

Disini la peranan GLA untuk memastikan kesuburan iaitu apabila  sperma berenang melalui uterus hingga ke tiub fallapio untuk mendapatkan telur ovum untuk disenyawakan. GLA ini untuk membantu sperma hidup dalam tiub fallapio untuk tempoh hingga ke 5 hari. 
Kebaikan GLA
   1. Membantu mengurangkan sengugut 
   2. Membantu mengawal paras hormon wanita 
   3. Membantu kitar haid kembali normal. 


  
Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya. Alfalfa dianggap sebagai kacip fatimah yang membantu dalam keselesaan dalam hubungan intim bersama suami. 


TESTIMONI PENGGUNA SET KESUBURAN SHAKLEE. 




Amalkan doa untuk mendapat zuriat.Semoga impian anda berjaya.
 

0 comments: